Ni sajak ke?? aku rasa macam pantun 13 kerat jerk..
cintaku,
yang segan dalam silunya
cintaku'
yang lahir tanpa disangka
dia,
di depan mataku
tiap ketika
tapi tak pernah kusedar rasa cintanya
namun pabila berjauhan, rindu itu kian nyata
tapi sirna dikala aku baru mengenalinya
takkan ku tinggalkan cinta ini
dengan kemilau warna indahnya
cintaku yang entah apa rasanya
manis...
kerana dia menaburi dengan gula kasihnya
silu malu,
kerana aku pernah menafikan dia
tulus,
kerana isi hatinya terluah dengan mulus
ikhlas,
tanpa aku rasa terpaksa
rela,
kerana semua kepayahan terlerai kerna dia
sayang
moga tercipta cerita cinta utk kita
walau ia cinta biasa, tapi istimewa buat kita
sederhana bagi mereka, tp dekat amat utk kita
