7/12/2005
I***-tanpa disangka2, cempedak jadi nangka.... tembikai jadi semangka...
Sebuah pejabat kerajaan di perak telah dikejutkan dengan berita limpahan air yang membanjiri tingkat 5 jabatan tersebut. pada mulanya kejadian ini langsung tidak disedari oleh sesiapa sehinggalah kedengaran bunyi air terjun yang mengalir dengan ganasnya dari sebuah bilik keramat.. setelah disiasat, rupanya bunyi itu datang dari bilik saluran paip bangunan tersebut yang telah pecah. Kakitangan yang ditemubual menyatakan bahawa limpahan air yang keluar hampir menyerupai pancutan "water fall" yang mencurah2. walau bagaimanapun, menurut seorang pen pengarah yang namanya dirahsiakan, perkataan yg lebih tepat bagi menggambarkan suasana cemas itu adalah lebih menyerupai water fauntain di KLCC. tindakan pantas kakitangan jabatan itu telah berjaya mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
Setinggi2 Pujian setinggi "pokok klapak" harus diberikan kepad en Shafie yang telah menyelamatkan keadaan dengan bertindak sebagai hero "multipurpose" (pengawal keselamatan aka peter piper aka tukang pecah umah aka etc). walaupun basah kuyup, beliau dengan tabahnya telah mengharungi curahan air yang deras dan ganas demi menyelamatkan masa depan kekitangan jabatan ini.

* gambo suspek yg dituduh telah menyebabkan bencana ini
Setinggi2 terimakasih juga harus diberikan kepada kakitangan yang telah bertungkus lumus "tolong TENGOK je" sambil menunggu pengumuman bencana alam dan diarahkan balik (termasuk penulis laporan ini) . Tapi harapan tinggal harapan kerana timbalan pengarah yang turut sama turun padang hanya menjenguk sebentar dan kemudia terus berpesan sekiranya ada sesiapa mencari beliau, sila berjumpa dengan beliau di kedai raop dia seberang jalan kerana beliau belum "brunchH" lagi.. kakitangan yg kecewa kerana tiada pengumuman keramat hanya duduk melepak dan meneruskan kerja dalam suhu panas "suam2 kuku" kerana bekalan air cond terpaksa diberhentikan sementara bg mengelakkan perkara "kureng" diingini terjadi..
Selepas hero berjaya mematahkan serangan air yang berhasrat utk memberontak, didapati tiundakan pemulihan yang sesius membabitkan 2 org auntie cleaner berjalan lancar. Selain daripada itu, semua dokumen penting juga telah berjaya dianaikkan ke tempat tinggi yang dijangka adalah lebih selamat.
* gambar satu keluarga yg sebok nak berpindah kerana banjir yang terjadi wpun sebanarnya umah diorang 800 km dari tempat kejadian
sementara melihat kerja2 penyelamatan dan pemulihan yang kian rancak dijalankan, penulis mengambil kesempatan untuk relax2 sambil check surat2 terdahulu yg sehingga sekarang belum lagi diminitkan dalam fail... barulah penulis tau ada bnyak laporan dah salah fail, maklumat penting yg dah expired tak disampaikan kepada kakitangan terlibat dan lain2 kemungkaran lain telah dibuat oleh penolong pengarah di situ(nama dirahsiakan bagi menyembunyikan perbuatan tidak bermoralnya). kena lapor kat BPR ni (gumam penulis). tp selepas itu penulis hanya senyap sahaja kerana dia baru sedar yg penolong penagrah dan penulis adalah org yang serupa.
setelah penat keluar masuk biliknya, barulah dia perasan, terdapat cairan yang tak dapat dikenalpasti di lantai biliknya. setelah ujian DNA dibuat, nyatalah bahawa ia adalah limpahan "fauntain" yang telah menyerap masuk dari dinding berdekatan.. ler... e2 la awak. bz sangat tengok bencana yg berlaku pd org lain, tak sedar diri, bilik awak sendiri pun banjir... nasib baik doc2 penting tak terjejas...
sekian sahaja laporan pada kali ini. semoga berjumpa di lain masa.. bubbye...
(semasa laporan ini ditulis, penulis jd macam cacing kepanasan cz air cond tak de)
No comments:
Post a Comment