Saturday, June 30, 2007

rehatkan mata...

dah lama dah gambo nih aku simpan. taken @ morib... cantik kan? guna hp camera jer.. sumetime aku rasa lagi cantik amik guna hp dari amek guna digital camera aku tuh.. (eh, nape aku guna "aku"?? isk....aku rasa maybe sebab aku dah tak betul kot.....


nih masa on the ke cameron. ya ALLAH, masa ni nani tengah bengang.. cian dia... penat dia drive...

malam tadi kitorang blik lambat. yan kena ajak nani blik lambat sekali. kesian dia.. uwa!! yan janji akan melayan dia dengan baik... sungguh...kitorang sume bersunguh2 abiskan baucer sampai kul 10, ingatkan nak sambung, tp diorg kate light off kul 10.30....

so pagi nih yan datang dengan harapan menggunung agar kitorang bleh habiskan baucer.. last2.. hampeh.......yan punye perut dah rasa lain macam.. yerk ler, roti telur campuq teh tarik, then plus eskrim perisa anggur, lime n lemon.. penin..... tekak dah kembang semacam.. bila datang opis plak system down.. sampai sekarang!!! 12.05 tghri...uwa.. banyaknya bil tertunggak.... abish ler...

so yan decide nak print laporan2 dari gfmas, guna izura punya password... ampun izu!!! i luv u.. muahs...!! tgh tunggu n nak tengok samada bleh print ke dok... sementara tu tulis blog yang dah makin cacamarba nih.... hehehhehehe....

pagi sabtu yang indah........


aku bawak bekal dari rumah - brownies dari secret recipes (dah brapa hari da,,..), cake dari mak orang yang dah anggap aku macam anak sedara dia( merangkap nenek kepada peminat2 aku)

dari kedai kat luar tuh ( nasik putih, ikan dengan sambal cili n cili sumbat ikan tu apa ntah namanya), 100plus(takut2 aku dah penin n eskrim (dessert of the day..) .., sumenya utk di bawak ke opis.. last2 hampeh jer... system tak ok... uwa!!!!!aku nak buat apa nih? nampaknya hati aku tak setenang gambo tu.....
nampaknya banyak lagi la bil2 tertunggak opis aku utk suku tahun ke dua nih....

Friday, June 29, 2007

apa yerk

tgh bersungguh2 habiskan daftar.. argh,,.. tension sungguh, aku tengah buat kije, berlambak kat atas lantai, n tetiba ada org letakkan daftar kat atas meja akus ambil kate yangd ia bawak tu urgent.. ingat yang berlambak tu tak urgent???
-then sorang lagi sibuk datang meja aku, dok tengok bb. aku tanya nep, dia kate nak cari bb... hmm.. rupanya dia punya... aku ingt macam nak lambatkan or cancel, tapi aku rasa bersalah la plak...
-then lagi sorang sibuk nak suh aku buat perakuan masa tu gak...!! mana aku tak hangin!!!
-sorang lagi datang bawak bb baru, nak bagi kat aku.. aku cakap "g bagi kat kakak awak!!"
-sorang lagi yang bertuah bawah db dengan status 2.. suh aku tukar jadi satus 3.. marah la aku, nak suh ubah pun ubah ler date, tapi jgn buat kije org lain. buat la kijeko! peraku 2!! geramnya...!!semua peraku 2 longgok kat aku. mana lah aku tak hangin!!

Saturday, June 23, 2007

datang opis lagi

datang opis, dengan t shirt pink striking, hadiah dari nani... hehehheheheh.. lapo plak, mintak mat nor blikan kfc.. nyum2 sedap2... tgh tgu iba datang amik nih.. yahoo!!!!

Friday, June 22, 2007

hari ini dan semalam

semalam takkan berulang... wlaaupun sampai bila2.. dan hari ini tetap datang... samada ia memberi harapan atau dendam, tak siapa tahu. .. let it be...

semalam punya topic pasal karma,.. today plak.. pasal air nescafe..

nape nescafe??

.... yan dapat pengajaran dari satu peristiwa sempoi... citernye begini...


tadi pagi (still pagi la..) yan g buat my fav's hot manis2 buah's nescafe o yang besh (betul ke nih) . arini after bancuh jer, yan trus tutup dengan penutup mug.. peh, panas gilo penutup besi tu masa yan bukak... after kacau, memang rasa manis buah jer.. hmm.. memang e2 pun yang yan suke... then yan tutup blik n letak sapu tangan atas penutup tu(kalo tak melecur tangan nih beb)... then yan buat kije sambil makan.. nasik lemak nih rasanya biasek jer, tapi yan emmang takselera nak makan cz makan sambil check bocer... then baru yan minum blik (habit minum sambil makan memang tak elok! buncit la yan.....tp ini adalah indicator bila yan dah tak selera nak jamah makanan).. hmm.. yan rasa air tu still hangat2/.. rasa segar after minum... then yan buat satu kesimpulan...

air nescafe panas yan nih macam perempuan... kena selalu dilindungi (tutup aurat, jaga perlakuan, jaga akhlak), dan dijaga ( tutup, sapu tangan). bukan di biarkan or didedahkan(buka aurat, tak jaga diri) kepada dunia luar (udara air cond yang merosakkan nih)...keputusannya adalah ditangan kite ..... if pempuan tu pandai jaga diri, hasilnya kite gak yang untung... tapi bagi pompuan yg kononnye modern, up to date etc tu.. kena lah terima hakikatnya.. macam resmi nescafe yang cepat sejuk bila banyak didedahkan kepada udara luar, g2 jugalah pompuan yang tak pandai jaga diri.. sendiri mau ingt la....... so bagi pompuan di luar sana (esp yan n kawan2 tsayang), jagalah diri sendiri... hasilnya kite yang akan nikmati gak.. pompuan yang bermaruah jer yang akan berusaha untuk mendapat hak yang memang telah difitrahkan kepadanya....


" wanita ibarat epal. epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah. tapi epal yang tak mampu dibeli berpada di puncak. susah dipetik, susah digapai. tapi kadang-kadang epal itu risau, mengapadiriku belum dipetik? lantas dia merendahkan martabatnyamenggugurkan dirinya menyembah tanah. sedangkan telah ALLAH jadikan martabatnya hingga tiada siapa berani memetiknya. hanya pemuda yang benar2 hebat sahaja yang mampu. mungkin bukan didunia tetapi di akhirat. biarkanlah jodoh kita bukan didunia asalkan cinta ILAHI menanti di sana.."

Wednesday, June 20, 2007

gapel ku...


cute nyer/.....

arini..20/6/2007

arini yan dapat sms mintak maaf dari kak ipar nani.. yan tak marah dengan dia la... yan kesian kat dia.. cz umur di muda .. sama dengan yan...
harini dapat surat dari sorang staff kat sini.. dia tak submit docs after kementerian bank in kan cek dalam akaun dia.. nape yerk??? geeram sangat cz amik masa setengah hari pk pasal kes dia dan nak mengarang surat ..isk!!1

Tuesday, June 19, 2007

perkahwinan satu perjudian?

nampak clise sangat2 statement nih. tapi harini yan disedarkan ttg sesuatu dari ayat nih...

last week, sorang pompuan call yan. tanya samada yan kenal hubby dia or tak... garangnyer dier! tapi bila yan tanya sapa name husband dia, yan tak kenai la plak... bila yan call no tu, tak de la plak record pasal no tue. wife dia kate, husband dia ada call n sma, dari siang membawa ke malam... takutnyer!!!

harini yan cerita kat nani, dia macamdengar dengan coolnye. then dia tanya no tepon yg yan call.. then.... terungkailah semuanya...

rupanya e2 no tepon abang nani... la nih ada buat hal sket.. so wife dia dalam misi mencari koleksi2 awek2 nyer... yan jadi mangsa.. maybe dia tersilap tengok bil... dia tengok bil nani.. uwa!!! yan bukan pengacau laki orang!!!

abang dia dah ada 2 anak, kecik2 n comel2 lagi.. wife tak kije, dok dekat dengan mak sendiri... e2 pun dah di uji... YA ALLAH, takutnya yan nak kahwin.... tegakah yan menghadapi semua dugaan tue..??

*system down la skrg nih. e2 yang ada masa buat blog! bukan selalu ye!

Friday, June 15, 2007

zzzZzzzzZZZZzzZZZzzzzZZZZZZZZZZzzzzzZZZZzZz

espkb.. gfmas... no ac, dcs, maklumat pembekal, etc... buat aku macAM Nak MUntaH....
Alamak.... jiwang karat la plk......





aku tak yakin nak hidup dengan dia, tapi aku rasa kehilangan kalo dia tak de.... apa maknanya?? beb, just imagine.


  1. kena dok dengan dia,
  2. dah tak bleh nak manje2 dengan mak aku.. isk..
  3. then kena ikut dia blik kg...
  4. beraya kat kg dia... (ditemani dengan alien2),
  5. kena makan ikut selera dia...
  6. kena masak utk dia
  7. kena basuh baju dia
  8. kena kemas umah
  9. ada anak dengan dia (ni aku nak.. ) tapi, nanti anak aku ikut muke dia (OH NO!)

kena... macam2 lagi....

ini ke pengorbanan demi cinta???

Top 10 Ways to Get Lucky at Love



1.

Know what you want. Your looks change and fade, character does not. While a certain amount of "chemistry" is nice, don't rely solely on lust. What qualities are you looking for in a mate?


2.

Get clear about what you don't want. Knowing what you really can't tolerate in a partner is important. Make a list of your "don't wants" and then cut it down to the 10 most important. Any more than that and you'll be too picky.



3.

Live your life. Once you know clearly what you want (and don't want) in a relationship, shift your focus to living your life. You'll find that you start noticing those who might fit, and passing by those who don't.



4.

See the big picture. Don't try so hard that you miss the obvious. If you are great at focusing, step back now and then and look at the big picture. Work on having a playful, whimsical attitude towards life.


5.

Get out of the house. Cultivate opportunities to expand your social circle and meet new people
expand your social circle and meet new people. Vary your routine. Have you thought of entertaining to enlarge your social circle?


6.

Open your eyes and your attitude. Lucky people notice, create and maximize chance opportunities. Chat with other shoppers while you are waiting in line. Be ready with a "calling card" -- a personal business-type card with basic contact information.


7.

Get curious. Don't content yourself with the obvious. Ask questions. Wonder why. Find answers.


8.

Try something new. The best way to have things stay the same is to never do anything different. Vary your daily routine, just to keep yourself awake. Shake yourself up and notice what happens. Keep yourself open to chance opportunities, and then take advantage of them.
Expect good luck. Monitor your self-talk for negative messages that interfere with luck. Replace the negative thoughts with positives. Surround yourself with examples of lucky people.



9.

Learn from bad luck. Take steps to prevent more bad luck from what you have learned, then let the "bad" go. Don't dwell on or rehash the bad experience. Look for the positive elements.


huru hara....15/06/2007

lupe bawak pass
bangun cepat
tapi bersiap lambat
kena keringkan rambut-it's been ages
iron tudung (nasib baik dah iron baju batik)
etc..
lambat siap 5 min
menyebabkan kak pah pun lambat
kat dalam kete br perasan dah tertinggalkan pass opis
sampai je kat lobi, kena panjat tangga
pintu nak masuk lif tgh tak bleh bukak
kena naik tangga lg..
last.. smapai opis
arghh//mug tak basuh lagi
air dlm kettle dah nk hbis..
masak air, basuh mug
on pc..
bukak espkb..
bukak emel n blog...

NASIB BAIK LA AKU WP3...

Monday, June 11, 2007

LEMAH LEMBUTNYA WANITA.....UNTUK LELAKI

.........Ujar lelaki, wanita itu lemah .......Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya, Namun Ada yang tidak rela mengakuinya. Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita, Tidak gemar perbalahan.... Kecuali jika terpaksa , Lalu wanita pun diam.....

Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam,
wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,
wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...
di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat....
celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat.....
di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah.....
bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah.....
bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat...., menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...
terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
" KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,

KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,

KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT "

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
...... Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
........ Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
..........Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
........ Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .

MARAH!!!!

11/6/2007

arini kna g meeting kat level 7, then kna buat kije nih blik.. so bek la review mende kat bawah nih....

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair :

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau". Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu."


Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya.


Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia "tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang

Wednesday, June 06, 2007

mawar ku

gambo kat cameron.. cun tak??