Wednesday, October 18, 2006

visit malaysia 2007...

ni antara foto yang aku amik guna camera cabuk hp aku...
hohoho... tak secantik macam sal punya camera, tapi inilah aku punya hp adanya..... 2 mega pixel.. ok ler tue.... gambo nih tak sharp sangat, tp still ok... k750i, ur still be my fav tau! jgn kecik ati.....

# aku first time g kelab tasik emmalam, tak sangka, cantik sangat suasana malam tue.... bila la bleh g lagi....... yg gambo bawah nih plak gambo kat jambatan tpt en usup haslam selalu shooting.. cun gak, tapi inilah gambo paling sharp ble aku amik.. nak buat macamano.....

tapi still cun kan?????? MASYAALLAH.. indahnya.......

@ gambo lagi satu plak gambo plak, gambo kat masjid gak, tapi dalam version color yang lain. but still cun kan?? aku memang suka sangat2 gambo nih.. rasa macam klasic sangt.. aku ingat ,macam nak buat postcard jer.. hehhehehe..ok tak??? tapi macamano nak buat yerk???tak pe, kaloa da masa, akan aku explore selepas ini.... hehehehhehehehehe// beb, aku tengah bersemangat waja nih......

*aku punya wawasan taun depan nih.. aku ingt, aku macam nak jadi lebih lebih efisyen lah.. aku dah penat kena marah dengan orang, so aku nak jadi sorang yg lebih cekal, lebih best n lebih GARANG!! bleh ke???? aha.. kita tunggu dan lihat,... tapis ebelum tue, kena pastikan yg diri sendiri dah penuh ilmu di dada.. barulah macho nak marah2 org nih....

Aku pun tak sangka yg tetiba aku bleh rasa kecik atid dengan sorang kawan aku.. wa.. dia g alamanda tak bagitau aku pun.... sedih2.. ala, macamlah aku nak kaco diorg.. tak der ler..... aku baru tau, yg semalam diaorg g alamanda.... beb, aku yg kat ptrjy tak dibagi tau pun.. aku macam sedih jer cz alamanda dan opis aku memang setakat sekangkang kera jer... yer ler.. sapalah aku...... aku bukannya bleh kaco pun.. lagipun, malam tadi kitorang g makan kat soho jer... (dah ler dapat lambat!)

&.. citer lain plak...

semalam aku dah print out resepi biskut famous amos.. ingt macam nak buat lah.. tapi kalo aku tak malas ler.. beb, aku rasa teruja nak buat biskut... maybe cz ada atirah kot... aku teringin nak buat dia happy sket.. nape ntah?? aku rasa windu sangatd engan dua org si kenit tue... beb, bila nak balik kg ni????
aku dah sakit windu dah nih...cewah... apa ko ingat, bleh sakit windu dengan bf jer ker.. denagn budak2 nih pun bleh tau.. aku dah tak sabar nak nenngok si merah lompat2 ala tak terangkat lsg tue.. n aku dah windu gak dengan muncung yana (yg bleh diikat dengan reben or bleh sangkut hanger)bila kena paksa sahur pepagi buta.. aku windu semuanya!!!!!



YA ALLAH, Engkau panjangkan lah usia kami sekeluarga, berilah aku peluang untuk mengisi masa mereka dengan gembira..semoga aku dapat membalas segala jasa mereka.. sesungguhnya, hanya merekalah sandaranku, tptku menumpang kasih, dan hanya merekalah yg mempunyai hati yg setulusnya menyayangi ku.....

YA Allah, janganlah kau tutupa mataku selagi aku belum berjaya memabalas segala kebaikan dan kasih sayang mereka.. kau sihatkan lah mereka , agar mereka dapat merasai sedikit nikmat yang ada ini....

alhamdulillah....

18/10/2006

Ya Allah, apa nak jadi dengan aku nih?? malam tadi aku pakat2 terbongkang kul 8!!! apa nak jadi??
dah dua ari, aku na nani berbuka dengan hampehnya... ari isnin aritu(16/10) kitorang makan kat johnny, then esoknya(semalam da...) makan kat soho... servis hampeh tahap cipan.. nape?? hmm... yer ler... datang kul 6.30, 7.30 pun tak dapat... yg me worst kan keadaan ialah, air kosong pun tak dapat.. sedeh...... nak buat amcamano, meng e2lah hikmahnya, makan n prepare juadah berbuka kat umahs endiri, rather than makan kat luar.. jiran meja aku lagi sian, dah ler dia bawak anak, order dia tak sampai2 lagi.... cian.. isk... terus aku hangin!!
-airni maybe nak makan kat umah lepas ni kot.... aku nak makan apa yer???
-aku inagt macam nak makan nasik la... rasa macam nak bli lauk jer, then masak nasik.. wa.... aku teringin nak balik kg!!! aku dah home sick!!
-aiya.. la nih kul 10.00.. bos tak de, g jpka kpm dengan zarinah, so tinggalla aku..
ens aid nak datang, nak tanya pasal diagnostik,dia nak docs sokongan, then nak amik lo katerina-(yg aku kuiri glo2 tue ler!)kak yati nak lo cepat, tapi baru je instruck suh batalkan lo terdahulu... bauccer tuntutan perjalanan dah banyak cz checkers dah datang!! argh!!! kena ler aku mengakhiri blog aku for today...
babai

Sunday, October 15, 2006

PANDUAN HIDUP...

KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda,
sehinggakan orang ulama Yahudi yangpada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :-

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.-
Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.-
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
.- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.-
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Semulia-mulia insan di dunia...untuk mengingatkan kita...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.
Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masihpenuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahummasholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

nak post gambo bleh....??

ari khmamis aritu (12/10/2006) aku baru jupe sal.. hm.. dah lama gak ler aku tak jupe dia, sejak aku blah dari ipoh..
-dia membuatkan aku teruja... beb, dia bawak camera dia yang best gilos... sesikit aku rasa nak amik gambo jer.. jakun tak??
-dia ajak berbuka sama... so makan la kat fish manhattan.. ok ler rasanya... dia teringin sangat nak makan, so biarla dia merasa... dai dah kije kat cyberjaya sekarang.. hmm.. nearer ler.....
-memula sampai, dia datang opis.... dia dah up to date... dressing dah makin menawan... ehem... ada cincin baru di jarinya (Ahaks, aku dah jadi amcam makcik2 yang bz bodi....) ada pape ko nih??? aku rasa macam best jer nak tanya, tp relax la beb, aku musti kena cool....
-aku suh dia amik gambo apa2 ntah, tak rasional btoi... bila negok camera dia, aku trus teringat kat ejoy punya camera.. macm tue gak kot.. hemmmmm...
-then, aku suh dia melepak sat, suh dia solat dulu.. cz aku kena abiskan sign surat2 utk waran diagnostik upp negeri..then baru kitorang melenggang(naik kete sal la) g alamanda.. sal dah siap dapat surf pasal fish market lagi.. (apara, apa yg ko nak survey pasal pasar ikan nih?? tak de specialnyer...)..
-kitorng sampai lambat gak, siap merayau kat mana2 ntah.. kitorang plan kalo tak sempatnak kena bli air plus makan sket.. after that baru la solat, last, baru cari makan.. tapi rerupanya sempat... memang tak de orang pun kat sana (macam yg aku dah jangka)
-kitorang order apa yang sal nak makan, then dia jamah sket sup dia (nape sup tu kaler ijau yerk??) then dia g solat... aku la dok emlangut tunggu dia sampai.. akus empat gak ler mengorek2 yg mana patut.. sapa la yg cipta makanan gini.. sume tawar habior.. apa lah yg sedap????tak paham aku.....
-then kitorang berborak2... rerupanya dia kenal si tan sri, yer ler, nak buat macamano, diorg kan budak AI ..... (Cuma budak AI jer yg paham budak AI ni.... (mean that, budak NETWORK puntak berapa paham tau...) (apa lagi budak akaun n HRM.... heheheheh) aku rasa opis diorg dekat jer, tapi dia kata takd e opis macam nama opis sal kat sana.. so tak tau ler aku...
-kitoranag makan samapai kenyang KEBUNTAT (eh.. mana ada.. aku rasa macam perut aku light jer....???)
lepas tue kitorang g kelab tasik plak... wa.. cunnye tempat nih memalam buta..... aku suka..... sal dengan camera cun dia pun amik ler gambo sana sini.. aku pun bergaya gak ler dengan camera ciput SONY ericson aku tue.. tapi manalah nak dibandingkand engan camera dia... YA ALLAH, cantiknya scenery kat situ......
-aku nak attachkan gambo kat sini, tapi malangnya tak bleh ler plak.... isk2.....

15/10/2006

yan kat opis lagi. wpun mendapat tentangan keluarga, yan teruskan jugak.. isk2..... arini yan tak tau nak buat apa, cuma apa yang penting, perut lapo la (eyy.. dosa tau cakap gitu..)
-apa yang yan nak cerita???semalam yan buat 2 jenis kueh lagi.. heheheheheh... yg first kuih bakar(yg keras gilos) n 2nd, biskut milo.. hehehehehheheh.. jadi la kot.... arini nak buat biskut makmur, tp tak jadi ler nampaknya cz kena g opis.. kak mi pun tak ajdi datang, so maybe project tak jadi...
-iba pun tak jadi datang gak, katanya demam... ntah ler.....
-si merah plak dah makin bijak yan tengok... oo...i'm going to miss her!! (aiyo.. baru berapa jam je tinggalkan dia...) aku dah gilo bayang ker????